Selain itu, sebagai rakan kongsi institusi-institusi kewangan, imSME menyediakan platform rujukan pembiayaan/pinjaman yang boleh dipercayai di Malaysia. Sebagai pusat sehenti atas talian, imSME membantu PKS mendapatkan akses yang cepat dan mudah untuk pelbagai produk pembiayaan serta perkhidmatan perundingan. Melalui senarai pilihan pembiayaan/pinjaman, PKS boleh mendapatkan pembiayaan/pinjaman yang paling sesuai dengan keperluan pembiayaan mereka.
Di imSME, kami sentiasa mengambil langkah-langkah proaktif bagi membantu PKS untuk berada di landasan yang betul, bersama dengan perkhidmatan kaunseling. Sekiranya tiada produk padanan pembiayaan/pinjaman yang bersesuaian atau permohonan pembiayaan/pinjaman melalui imSME ditolak oleh bank, Pasukan Penasihat Kewangan imSME akan sentiasa bersedia untuk menyiasat kes-kes dan memberikan bantuan selanjutnya. Secara amnya, Pasukan Penasihat Kewangan akan melaksanakan penilaian yang komprehensif mengenai kedudukan kewangan PKS. Dengan pemahaman yang kukuh terhadap keperluan pembiayaan PKS serta cabaran mereka, Pasukan Penasihat dapat memberi bimbingan dan membuat cadangan untuk program pembangunan kapasiti atau pembiayaan alternatif dengan sewajarnya.
imSME direka dan dibina khusus untuk memudahkan PKS untuk memperoleh pembiayaan dalam masa yang singkat. Dengan platform rujukan pembiayaan/pinjaman imSME di Malaysia, PKS dapat menikmati pengalaman pengguna yang paling lancar dan intuitif. Semasa mencari pembiayaan/pinjaman perniagaan PKS melalui imSME, PKS boleh mendapat respons daripada pihak bank yang berkaitan dalam masa yang singkat dan tanpa sebarang kerumitan. Tidak dapat dinafikan lagi imSME merupakan pilihan yang sempurna bagi PKS dan sektor perniagaan yang baru beroperasi untuk memperoleh pembiayaan/pinjaman perniagaan PKS yang terbaik di Malaysia.